Untuk Pemilik Rumah

Jadikan Rumah Anda Sumber Pendapatan Tanpa Perlu Urus Penyewa

Embun Rooms membantu pemilik rumah menjana pendapatan sewaan yang lebih stabil melalui pengurusan bilik sewa yang profesional, tersusun dan patuh syariah.

  • Urus pemasaran penyewa
  • Screening tenant
  • Kutipan sewa bulanan
  • Penyelenggaraan asas
  • Rumah dipantau secara berkala
Sesuai untuk owner rumah yang tiada masa, tinggal jauh, atau mahu rumah diurus secara lebih profesional.

Premium Room Rental

Bilik sewa tersusun, selesa, dan diurus secara profesional untuk owner & penyewa.

Patuh Syariah Pengurusan Profesional
Masalah Yang Sering Berlaku

Kenapa Ramai Owner Stress
Bila Urus Rumah Sewa Sendiri?

Ramai owner ada rumah tapi rumah jadi kosong, susah diurus, atau berisiko bila dihandle tanpa sistem yang betul.

Risiko Penyewa Bermasalah

Penyewa tunggak sewa, kacau jiran, atau rosakkan rumah — masalah yang biasa berlaku tanpa proses screening yang betul.

Tiada Masa Urus Rumah

Owner sibuk dengan kerjaya & keluarga. Tak ada masa nak layan pertanyaan, kutip sewa, atau handle isu rumah.

Susah Mencari Penyewa

Iklan tak menjadi, ramai inquiry tapi tak commit, atau rumah lama kosong sebab tiada strategi pemasaran yang konsisten.

Tiada Sistem & Ilmu

Tak tahu cara setup bilik, susun perjanjian, atau handle isu penyewa secara teratur. Akhirnya rumah jadi liabiliti, bukan aset.

Saya Nak Selesaikan Masalah Ini
Team kami akan respond dalam 24 jam · Tanpa sebarang komitmen
Servis Kami

Embun Rooms Uruskan Semua Untuk Anda

Kami bantu tangani kerisauan anda. Hasilnya, anda boleh nikmati pendapatan sewaan dengan lebih tenang.

Convert Rumah Kepada Bilik Sewa Premium

Kami membantu menukar rumah biasa menjadi bilik sewa premium yang lebih tersusun, selesa dan bernilai tinggi untuk menarik penyewa berkualiti serta meningkatkan potensi pulangan sewaan.

Setup Rumah Kepada Fully Furnished

Kami membantu menyediakan kelengkapan asas seperti katil, almari, meja dan keperluan bilik supaya unit lebih bersedia untuk disewakan.

Pemasaran & Pengurusan Penyewa

Kami bantu memasarkan bilik, mengurus pertanyaan bakal penyewa, dan menyusun proses penyewaan sehingga penyewa berjaya masuk ke unit.

Monthly Management

Kami mengurus penyewa, kutipan sewa, pemantauan rumah dan koordinasi isu bulanan supaya owner tidak perlu pening kepala.

Screening Tenant

Kami membantu menapis bakal penyewa bagi memastikan hanya penyewa yang sesuai dan dipercayai dipilih.

Maintenance Coordination

Kami membantu menyelaras kerja penyelenggaraan dan pembaikan supaya rumah sewa sentiasa berada dalam keadaan baik.

Klaim Semakan Percuma Sekarang
Semakan potensi sewaan PERCUMA tanpa sebarang bayaran
Kelebihan Embun Rooms

Kenapa Owner Rumah Pilih Embun Rooms?

Serahkan urusan rumah sewa anda kepada Embun Rooms — dari mencari penyewa sehingga mengurus penyelenggaraan.

Pendapatan Lebih Stabil

Pulangan sewaan yang lebih konsisten melalui sistem bilik sewa yang teratur dan strategi pemasaran berterusan.

Pengurusan Profesional

Team berpengalaman dengan SOP yang jelas untuk setiap fasa — dari onboarding penyewa hingga maintenance.

Patuh Syariah

Polisi penyewaan dan pengurusan menitikberatkan etika muamalat — selesa untuk owner muslim & penyewa.

Penjagaan Rumah Berkala

Pemantauan rutin & laporan keadaan rumah supaya owner sentiasa tahu status property mereka.

Proses Mudah

Bagaimana Proses Bermula?

Hanya 4 langkah ringkas untuk mula bekerjasama dengan Embun Rooms.

1

Owner Hubungi Kami

Isi borang ringkas atau WhatsApp kami untuk mula perbincangan.

2

Semak Lokasi & Potensi

Kami semak lokasi, jenis rumah dan potensi sewaan secara terperinci.

3

Cadangan Setup

Cadangan setup / susun atur bilik diberikan berdasarkan keadaan rumah.

4

Mula Pemasaran

Embun Rooms mula bantu pemasaran, pengurusan penyewa dan pemantauan bulanan.

Mula Hari Ini — Free Semakan
Tiada bayaran pendaftaran · Tiada kontrak mengikat di peringkat awal

Embun Rooms

Pengurus Bilik Sewa Profesional

Tentang Kami

Siapa Embun Rooms?

Embun Rooms ialah pengurus bilik sewa yang memberi fokus kepada penginapan yang selesa, selamat dan mudah diakses. Kami membantu pemilik rumah mengurus penyewaan dengan lebih teratur, sambil menyediakan pengalaman tinggal yang lebih baik untuk penyewa seperti pelajar dan pekerja.

"Kami percaya rumah sewa yang diurus dengan sistem yang betul mampu memberi manfaat kepada owner dan penyewa."
Testimoni

Apa Kata Owner & Penyewa?

Pengalaman sebenar daripada mereka yang telah bekerjasama dengan Embun Rooms.

"Sebelum ni rumah saya selalu kosong sebab susah cari penyewa. Lepas serahkan kepada Embun Rooms, semua urusan ditangani oleh team mereka. Saya hanya tunggu pendapatan masuk setiap bulan."

A
Encik Azman Owner Rumah, Pasir Gudang

"Bilik selesa, harga berpatutan dan management sangat responsif bila ada isu. Saya rasa selamat tinggal di sini sebab semuanya tersusun dan diurus dengan baik."

N
Nur Aishah Penyewa, Johor Bahru

"Saya tinggal jauh dari unit saya, jadi sukar nak handle penyewa sendiri. Embun Rooms uruskan semuanya — dari screening sampai kutipan sewa. Sangat profesional dan boleh dipercayai."

S
Puan Salina Owner Unit, Masai
Saya Pun Nak Cuba
Disertai oleh owner di Pasir Gudang, Masai, & Johor Bahru
Hubungi Kami

Semak Potensi Rumah Anda
Bersama Embun Rooms

Isi maklumat ringkas di bawah dan team kami akan hubungi anda untuk semakan awal — PERCUMA tanpa sebarang komitmen.

Berapa bilik ada dalam rumah ini sekarang.
RM
Anggaran sewa bulanan yang anda harapkan.
Maksimum 5 gambar, 5MB setiap satu. JPG / PNG / WEBP.
Maklumat anda hanya digunakan untuk tujuan semakan potensi sewaan. Kami tidak akan kongsi dengan pihak ketiga.
Soalan Lazim

Soalan Yang Sering Ditanya Owner

Tidak perlu. Embun Rooms uruskan semua aspek penyewaan — mulai dari pemasaran, screening, sehinggalah kutipan sewa bulanan dan handle isu penyewa. Anda hanya perlu terima pendapatan sewaan.

Ya. Kami bertanggungjawab untuk memasarkan bilik di platform yang sesuai, mengurus pertanyaan bakal penyewa, dan menyusun proses penyewaan sehingga penyewa berjaya masuk ke unit anda.

Tidak semestinya. Kami akan semak keadaan rumah anda dan beri cadangan setup yang sesuai. Kami juga boleh bantu menyediakan kelengkapan asas seperti katil, almari, dan meja jika diperlukan.

Boleh, tertakluk kepada keadaan rumah dan kebenaran dari owner. Kami akan beri cadangan susun atur yang optimum untuk memaksimumkan pulangan sewaan tanpa menjejaskan kualiti penginapan.

Kutipan sewa dilakukan secara berstruktur setiap bulan melalui kaedah yang telah dipersetujui. Owner akan dimaklumkan tentang status kutipan dan terimaan sewaan diserahkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ya. Kami menitikberatkan etika muamalat dalam pengurusan — termasuk polisi penyewaan, perjanjian, dan kaedah pembayaran. Sesuai untuk owner muslim dan penyewa yang utamakan persekitaran patuh syariah.

Pada masa ini kami fokus di kawasan Johor Bahru, Pasir Gudang, Masai, dan sekitar. Sila hubungi kami untuk semakan jika rumah anda berada di luar kawasan ini — kami sentiasa terbuka untuk berbincang.

Kami akan koordinasi kerja-kerja pembaikan dengan vendor yang dipercayai. Kerosakan akan dilaporkan kepada owner beserta cadangan tindakan, dan sebarang pembaikan besar memerlukan kelulusan owner terlebih dahulu.
Klaim Semakan Percuma Sekarang
Ada soalan lain? WhatsApp kami terus.
Klaim Semakan Percuma Sekarang Respond dalam 24 jam · Percuma · Tanpa komitmen